MILITARY EQUIPMENT

ruangan ini memaparkan peralatan dan sistem persenjataan ketenteraan di seluruh dunia.

Tuesday, March 24, 2009

KAPAL PENGANGKUT PERANCIS MENGALAMI KEROSAKAN


Kapal pengangkut Charles de Gualle berkuasa nuklear

Paris 13 Mac - Menurut jurucakap Tentera laut Perancis’ Kapal pengangkut pesawat udara tunggal negara itu yang berkuasa nuklear , Charles de Gaulle, sudah tidak dapat beroperasi kerana mengalami kerosakan.

"Kapal Pengangkut yang menjadi kebanggaan armada Perancis itu akan tersadai di pelabuhan untuk kerja membaikpulih yang memakan masa berminggu-minggu ataupun berbulan selepas terdapat keretakan dalam sambungan pada dua daripada empat turbin dan juga pada shaft propeller kapal tersebut," dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera Perancis.


Jurucakap Tentera laut itu menyatakan bahawa masalah itu ditemui apabila getaran berlebihan telah dikesan. Ia menyatakan pemeriksaan lanjut keatas kapal induk tersebut itu diperlukan, untuk menentukan punca sebenar kerosakan dan pelan tindakan yang akan diambil bagi menangani perkara tersebut.

Charles de Gaulle, yang memasuki perkhidmatan pada 2001 Dengan jumlah kos tambahan sebanyak 3 bilion EURO, Charles de Gaulle satu-satunya kapal induk pesawat udara berkuasa nuklear menjadi dibina di luar Amerika Syarikat.

Kapal ini mampu membawa sebanyak 40 buah pesawat Rafale, mempunyai landasan sepanjang 195 meter dan geladak penerbangannya berukuran 12,000 meter persegi. Pembinaannya bermula pada bulan Disember 1987 tetapi telah terhalang akibat kekangan bajet. Menjalani ujian pertama (sea trial) pada Januari1999 dan memasuki perkhidmatan pada 2001.





Sunday, March 1, 2009

KAPAL SELAM BRITISH-PERANCIS BERLANGGAR


HMS Vanguard (kiri) milik tentera British berlanggar dengan Le Triomphant milik tentera Perancis

Dua kapal selam nuklear, milik tentera British dan Perancis berlanggar di Lautan Atlantik pada awal bulan Februari, menurut laporan dari akhbar The Sun, United Kingdom. Akhbar tersebut memberitahu bahawa, kedua-dua kapal selam HMS Vanguard dan Le Triomphant rosak dalam kejadian itu tetapi tiada laporan kerosakan pada bahagian nuklearnya.

Kapal selam tentera British kini ditunda ke pelabuhan Faslane di Scotland untuk dibaik pulih. Kedua-dua kapal selam berkenaan setiap satu membawa kira-kira 250 orang anak kapal, dilaporkan berada diatas permukaan laut dan dalam misi berbeza ketika berlanggar pada 4 Februari lalu. Kapal selam perancis pula mengalami kerosakan pada bahagian sonar dan berupaya kembali ke Brest dengan kuasa yang masih ada.

Kementerian pertahanan UK enggan memberi komen mengenai operasi kapal selam berkenaan tetapi jurucakapnya berkata kami boleh mengesahkan bahawa keupayaan memcegah yang dimiliki oleh UK kekal tidak terjejas pada setiap masa dan keselamatan nuklear juga tidak dikompromi"

HMS Vanguard adalah satu daripada empat kapal selam nuklear yang dikendalikan oleh tentera British sebagai sebahagian daripada sistem Trident yang sentiasa mengadakan rondaan pencegahan. Setiap kapal berukuran 150 meter panjang dan 13 meter dalam diameter serta boleh membawa sehingga 48 bom nuklear untuk maksimum 16 peluru berpandu.

Manakala Le Triomphant merupakan salah satu dari empat buah kapal selam kelas Triomphant milik Tentera Perancis yang terdiri dari Le Temeriare, Le Vigilant dan Le Terrible. Ukuran panjang bagi Kapal selam ini ialah 138 meter dan 12.50 meter dalam ukuran diameter.
Ia berkemampuan membawa 16 M45 Misil Balistik (Nuklear).



Friday, June 13, 2008

PELAN ISRAEL SERANG IRAN


Israel telah mengarahkan kapal selamnya beroperasi di perairan Iran selepas jangkaan perang akan berlaku antara kedua-dua negara itu.

Dunia sudah maklum bahawa negara itu memang risau akan keupayaan Iran untuk menghasilkan senjata nuklear dan sekaligus mengugat cita-cita Israel terhadap Asia Barat. Namun persoalannya bagaimana regim Zionis itu akan melakukanya, maka laluan terpantas adalah dengan menghantar kapal selamnya dari persisiran pantai laut Mediterranean melalui Terusan Suez.

Dalam erti kata lain, ia tidak mungkin berlaku kerana kapal selamnya terpaksa melalui Mesir. Bagi mengelak kapal selam diperiksa pihak berkuasa mesir, ia disembunyikan dibawah kapal kargo yang akan belayar hingga ke perairan Teluk. Senario ini dibentangkan secara terperinci dalam novel karangan Shlomo Erell, Undersea Diplomacy.

Apakah benar ia merupakan rancangan yang akan dilaksanakan Israel? bagaimanapun Erell bukanlah penulis sembarangan, merupakan bekas ketua turus tentera laut Israel, beliau terbabit dan memiliki maklumat mengenai rancangan paling sulit regim Zionis.

"Ini adalah satu rekaan tapi berdasarkan maklumat yang sah", katanya apabila ditanya.


Israel memiliki tiga kapal selam Dolphin berkuasa Diesel-Elektrik dengan dua lagi sedang dibina oleh syarikat Jerman, Howaldswerke-Deutsche Werft yang memberi diskaun tinggi sebagai bantuan untuk negara yahudi itu. Bagaimanapun kemampuan kapal selam Israel tidak diketahui malah ada pihak yang mendakwa ia mampu mengangkut peluru berpandu nuklear.

Penganalisis percaya, tindakan memperbesarkan kumpulan kapal selamnya sebagai rancangan Israel mengancam Iran terhadap kemungkinan negara itu memiliki senjata nuklear pada masa akan datang. Pada masa ini sistem persenjataan Iran tidak mungkin mampu menghalang sebarang senjata nuklear yang dilancarkan Israel. Namun, sasaran di Iran terlalu banyak dan terlalu jauh untuk pesawat Israel. Pada masa sama Turki dan negara Arab yang lain tidak akan membenarkan Israel menggunakan ruang udara mereka.


Israel yang didakwa memiliki peluru berpandu antara benua turut sukar membuat serangan mengejut kerana saiznya yang terlalu kecil. malah ujian peluru berpandu mengejut pada Januari lalu telah menjadi berita hangat dalam beberapa minit sahaja pada penduduk sekitar. Atas sebab itulah, hanya kapal selam yang ditempatkan di perairan berhampiran mampu melaksanakan strategi yang dikehendaki oleh Israel.

Thursday, May 1, 2008

KERETA PERISAI "SIBMAS"



SIBMAS merupakan kenderaan berperisai 6X6 keluaran negara Belgium. Ianya mula dikeluarkan pada tahun 1970an oleh BN Constructions Ferroviaires et Metalliques. Prototaip yang pertama siap pada tahun 1976.

Cockerill Mechanical Industries (CMI) adalah merupakan merupakan kumpulan syarikat bertaraf antarabangsa yang terletak di sebuah bandar kecil di Belgium yang dikenali sebagai Liege. Kepakaran CMI ini adalah dalam bidang tenaga, besi, pengangkutan dan pertahanan. Tumpuan CMI dalam bidang pertahanan hanyalah sebahagian segmen kecil didalam pasaran pertahanan dunia.

Kenderaan berperisai SIBMAS ini menempatkan 3 orang krew serta mampu membawa 11 orang anggota. Ianya dilengkapi dengan meriam utama 90 mm Cockerill Mk III, mesingan coaxial 7.62 mm dan mesingan anti-udara 7.62 mm. Kelajuan maksima kenderaan ini mampu mencapai 100km per jam dan jarak 1000 km.

Kenderaan ini boleh diubahsuai kepada kenderaan pelbagai peranan. Tempat duduk pemandu terletak dibahagian hadapan, dengan stesen persenjataan terletak dibahagian belakang pemandu. Kompartmen untuk trup telah diperluaskan dari belakang stesen senjata sehingga kebahagian tepi kenderaan dengan enjin terletak disebelah tepi kiri kenderaan.

Turret yang lebar telah membolehkan pelbagai sistem persenjataan dipasang termasuklah mesingan, meriam utama berkaliber 90 mm. Variasi SIBMAS AFSV-90 masih mempunyai keupayaan untuk membawa trup kombat. SIBMAS masih mampu memenuhi peranan sebagai IFV tetapi jumlah trup yang boleh dibawa berkurangan di sebabkan stor peluru 90mm. Ruangan trup mempunyai 3 pintu iaitu dua ditepi kiri dan kanan dan satu dibelakang.

SIBMAS 6X6 ATM


Pada tahun 1983 Angkatan Tentera Malaysia telah memesan sejumlah 150 buah Sibmas 6x6 AIFVs dari belgium, 450 buah Condor 4X4 APC dari Jerman, 25 buah kereta kebal ringan scorpion dan 25 buah stormer MICVs dari United Kingdom. Sibmas untuk ATM telah dilengkapi dengan meriam cockrill 90mm untuk tembakan bantuan bersama dengan kereta kebal ringan scorpion yang juga dilengkapi dengan meriam cockrill 90mm.

Kesemua kenderaan ini telah berkhidmat selama lebih 25 tahun dalam ATM dan masih lagi relevan untuk meneruskan khidmat dalam angkatan tentera Malaysia. TDM telah melakukan permodenan didalam organisasinya dengan membeli beberapa peralatan ketenteran yang baru dan moden seperti MLRS Astross, Kereta kebal utama PT-91M, Adnan ACV300 dan KIFV, oleh itu Sibmas dan Kereta kebal ringan Scorpion mungkin akan diberi peranan sebagai kederaan sokongan untuk kereta kebal utama PT-91 ( Pendekar).