
Malaysia (TUDM) merupakan negara pengoperasikan pesawat sayap putar jenis Sikorsky S-61A4 (NURI) yang terbesar di dunia. Pesawat NURI ini terbukti berkesan dan tahan lasak digunakan semasa era penentangan PKM, mengangkut anggota serta mencari dan menyelamat (SAR).
Sepanjang 40 tahun pengoperasian NURI, sebilangan besar pesawat ini sudah mencapai usia lanjut dan kurang sesuai digunakan untuk melaksanakan tugas-tugas SAR yang semakin mencabar. Hanya beberapa buah pesawat tersebut dalam jumlah terhad yang masih aktif diterbangkan sehingga hari ini untuk tugasan SAR.
Sebilangan besar pesawat NURI juga pernah terlibat didalam kemalangan sehingga menyebabkan kehilangan jiwa. Sehubungan itu pihak TUDM perlu mencari alternatif bagi mengantikan pesawat NURI yang sudah mencapai usia lanjut dengan pesawat yang lebih maju dan berkeupayaan bagi melaksanakan peranan dalam keadaan yang lebih mencabar.
0 comments:
Post a Comment