Tuesday, June 19, 2007

Raifal M-16

Raifal M16 berasal dari Amerika Syarikat, berkaliber 5.56 mm. M16 direkacipta oleh Eugene Stoner berdasarkan ciptaan ArmaLite's AR-15 dan penambahbaikan serta permodenannya dilakukan oleh Colt bermula pada pertengahan abad ke 20.

Raifal M16 mula digunakan dengan secara meluas oleh AS pada 1965 iaitu semasa era perang vietnam. Senjata ini mempunyai keupayaan tembakan secara semi-automatik dan juga automatik, kadar tembakan ialah 700 ke 900 pusingan / minit. Berat senjata ini hanyalah 3.9 kg termasuk magazin. Pada 1980an M16 telah menggunakan peluru standard NATO iaitu 5.56mm. Raifal ini dicipta dari bahan besi, aluminium dan plastik komposit.

M16 telah mengalami evolusi disepanjang penggunaannya, terdapat beberapa variasi seperti M16A1/A2/A3/A4 dan juga M4 Carbine yang mana bakal menggantikan M16A2 didalam inventori tentera AS. Sebanyak 8 juta laras M16 telah dikeluarkan untuk kegunaan tempatan dan juga dieskpot. Selain Amerika Syarikat sebagai pengguna utama, raifal ini juga digunakan oleh 73 buah negara lain termasuklah Malaysia. Disuatu ketika M16 adalah merupakan senjata tempur utama bagi ATM sebelum perananya digantikan sepenuhnya oleh Steyr AUG sebagai raifal tempur utama.


M16 dengan penyuluh & peluru 5.56mm

M4 dengan pelancar granad


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...