Sunday, April 13, 2008

DDG ARA HERCULES -TYPE 42


DDG Hercules (Type 42) adalah merupakan kapal perang kelas Pemusnah (Destroyer) bagi Tentera Laut Argentina. Mula dipesan pada tahun 1970, sebanyak 2 buah iaitu dikenali sebagai ARA Hercules dan ARA Santisima Trinidad. ARA Hercules dibina di limbungan kapal Vickers Barrow-Furness United Kingdom, manakala ARA Santisima Trinidad di pasang di Argentina.
.
Mula memasuki servis bersama Tentera laut ialah pada tahun 1977,
Pernah terlibat dalam perang Falkland 1982, dimana kedua-duanya digerakkan untuk mengiringi kapal pengangkut pesawat ARA Veinticinco de Mayo dalam memerangi angkatan tentera British dan menyaksikan kejayaan kedua-duanya menenggelamkan dua buah kapal pemusnah British dari jenis yang sama, Type 42 iaitu HMS Sheffield and HMS Coventry.
.
Selepas perang Falkland operasi kedua-dua kapal ini menjadi terhad di sebabkan kekurangan alat ganti, oleh kerana kedua-dua kapal itu buatan British dan semestinya alatan ganti adalah dari British.
Pada tahun 1984 kedua-dua kapal ini telah diletakkan untuk dijual tetapi tidak mendapat sambutan.
Disebabkan kekurangan alat ganti untuk penyelenggaraan, pihak tentera Laut Argentina telah mengoperasi sebuah sahaja iaitu ARA Santisma Trinidad manakala ARA Hercules disimpan untuk dijadikan sebagai alat ganti.
.
Pada tahun 2000 ARA Hercules telah diaktifkan kembali dan dihantar ke limbungan kapal ASMAR di Talcahuano, Chile untuk dibaikpulih dan ditukarkan peranannya menjadi “fast-attack transport“. Maka ARA Santisima Trinidad pula dinyah aktifkan dan disimpan sebagai alat ganti untuk ARA Hercules.
.
Kapal ini mempunyai berat keseluruhan 4100 tan dengan kelajuan maksimum boleh dicapai iaitu 30 knot. Keluasan rondaan ialah 4000 batu nautika dengan hanya kelajuan 18 knot.
Sistem persenjataan yang dimilikinya ialah 1 twin GWS.30 Sea Dart SAM launcher (jumlah 22 misil) dan 4 MM.38 Exocet. Manakala sistem mesingan ialah x1 Vickers MkVIII 4.5” 10NM AA/surface dan 2x Oerlikon MkVII 20mm 1.5NM AA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...